Minggu, 11 Mei 2014

10 WASIAT IMAM SYAFI'I



SEBELUM IMAM SYAFI'I WAFAT, BELIAU SEMPAT BERPESAN KEPADA MURIDNYA SERTA UMAT ISLAM UMUMNYA. BERIKUT ADALAH KANDUNGAN WASIAT TERSEBUT : 
  
  1. Hak kepada diri. yaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
  2. Hak kepada malaikat maut. yaitu mengqada'kan kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah
  3. Hak kepada kubur. yaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak kepada munkar dan nakir. yaitu tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari akhirat). yaitu menahan kemarahan, banyak bedrzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
  6. Hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat). membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  7. Hak kepada malik (malaikat penjaga neraka). iaitu menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta bersembunyi serta mempercantik akhlak.
  8. Hak kepada ridhwan (malaikat penjaga syurga). iaitu merasa redha kepada qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  9. Hak kepada Nabi SAW. yaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al-sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.
  10. Hak kepada Allah SWT. yaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat imam syafi'i yang amat berguna ini.

0 komentar:

Posting Komentar