Di dalam Al Quran,dinyatakan antara lain bahawa di dalam syurga itu terdapat bidadari yang dijadikan untuk penghuni syurga .Dipaparkan sifat-sifat mereka seperti yang digambarkan dalam Al Quran dan hadist moga-moga berguna kepada mereka yang mau mengambil manfaat.
Antara sifat-sifatnya:
Rasulullah bersabda:
- Isteri-isteri yang disucikan yang bermaksud mereka adalah suci dari sebarang kotoran,haid,nifas dan sebagainya. Berkata Muajahid: Mereka suci dari kencing, hingus, haid, ludah, mani dan dari anak.
- Lebar matanya penuh keindahan dan disertai bulu mata yang bagaikan sayap burung yang sedang terbang.Matanya bagaikan jeli yang hitam dan putihnya begitu ketara.
- Sebaya umurnya ,kelihatan muda,cantik manis serta bermanja dengan suaminya.
- Sangat putih dan jelita.
- Wajah yang cantik dan menjadi tarikan bila terpandang.
- Bidadari diciptakan secara langsung oleh Allah,bermaksud tidak melalui proses kelahiran dan tidak mengalami masa kanak-kanak atau remaja. Mereka langsung menjadi gadis.
- Bidadari syurga sentiasa menjadi perawan.
- Bidadari yang sentiasa remaja. Mereka mempunyai sifat sempurna yang cantik dari semua segi.Dikatakan dalam hadis juga bahawa mereka mempunyai suara yang merdu, betis yang tembus pandang dan cahaya serta bau harum yang dapat memenuhi antara langit dan bumi.
Daripada Anas bin Malik: Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk dunia, niscaya akan di sinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya. (Riwayat Bukhari)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar